Mengakses tetapan
Lihat dan tukar tetapan untuk peranti anda daripada menu Tetapan. Menu Tetapan boleh
diakses dari skrin Aplikasi dan panel tetapan Pantas.
Untuk membuka menu tetapan peranti daripada skrin Aplikasi
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Ketik
Tetapan.
Untuk melihat maklumat tentang peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon.
Untuk mengaktifkan skrin menggunakan Ketik kepada mod bangun
1
Pastikan Ketik untuk mod bangun dihidupkan. Untuk menghidupkannya, ketik
Tetapan > Paparan, kemudian seret penggelangsar di sebelah Ketik untuk
bangkit ke kanan.
2
Dwi-ketik pada skrin.
Untuk membuka panel Tetapan pantas
•
Menggunakan dua jari, seret bar status ke bawah.
Untuk memilih tetapan yang dipaparkan pada panel Tetapan pantas
1
Menggunakan dua jari, seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Dalam bar di bahagian atas skrin, sentuh terus ikon untuk tetapan pantas yang
anda mahu tambah, kemudian seret dan lepaskannya di bahagian bawah skrin.
Untuk menyusun semula panel Tetapan pantas
1
Menggunakan dua jari, seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Sentuh terus ikon, kemudian alihkannya ke kedudukan yang diingini.