Menggunakan trafik data semasa mengembara
Apabila anda mengembara di luar rangkaian mudah alih asal, anda mungkin perlu
mengakses Internet dengan menggunakan trafik data mudah alih. Jika ya, anda perlu
mengaktifkan perayauan data pada peranti anda. Anda mungkin akan dikenakan caj
bayaran tambahan apabila anda mengaktifkan perayauan data. Anda disyorkan supaya
menyemak caj bayaran penghantaran data yang berkaitan terlebih dahulu.
Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, anda mungkin perlu melog
masuk sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan
perayauan data.
Untuk mengaktifkan perayauan data
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi > Rangkaian mudah alih.
3
Seret gelangsar di sebelah
Perayauan data ke arah kanan.
Anda tidak boleh mengaktifkan perayauan data semasa trafik data dimatikan.