Sony Xperia Z3 Compact - Kunci skrin

background image

Kunci skrin

pada halaman 12.

Tambah akaun Google™ untuk menghalang orang lain daripada menggunakan peranti

anda jika ia dicuri dan/atau dipadam bersih. Untuk maklumat lanjut, lihat

Mengapakah

saya memerlukan akaun Google™?

pada halaman 11.

Aktifkan sama ada “Protection by my Xperia” atau perkhidmatan web Pengurus Peranti

Android™. Dengan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini, anda boleh

mengesan lokasi atau memadam peranti yang hilang secara jauh. Untuk maklumat lanjut,

lihat

Mencari peranti yang hilang

pada halaman 19.

Mengesahkan pemilikan peranti anda

Perlindungan

Tetapan Semula

Data Kilang

Anda mesti membuka kunci skrin anda sebelum anda dibenarkan untuk melaksanakan

Tetapan Semula Data Kilang.

Perlindungan oleh

my Xperia

Jika anda menetapkan semula peranti anda dengan menggunakan perkhidmatan ini

secara jauh, anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun

Google™ yang telah dikaitkan dengan perkhidmatan tersebut. Peranti perlu

disambungkan ke Internet sebelum proses penyediaan boleh dilengkapkan. Jika tidak,

anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda selepas tetapan semula.

Pengurus Peranti

Android™

Jika anda menetapkan semula peranti anda dengan menggunakan perkhidmatan ini

secara jauh, anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun

Google™. Peranti perlu disambungkan ke Internet sebelum proses penyediaan boleh

dilengkapkan. Jika tidak, anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda selepas

tetapan semula.

Pembaikan perisian Jika anda menggunakan aplikasi Xperia™ Companion untuk melaksanakan pembaikan

perisian, anda diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun

Google™ anda apabila anda memulakan peranti selepas pembaikan lengkap.

Bagi Pengurus Peranti Android™, anda perlu memasukkan maklumat dari akaun Google™. Ia

boleh jadi mana-mana akaun Google™ yang telah anda sediakan pada peranti. Jika anda tidak

boleh memberikan maklumat akaun yang berkaitan semasa proses persediaan, anda tidak

akan dapat menggunakan peranti langsung.

Kunci skrin

Terdapat beberapa cara untuk mengunci skrin. Tahap keselamatan bagi setiap jenis

kunci disenaraikan di bawah dalam susunan paling lemah hingga paling kukuh:

Leret – tiada perlindungan, tetapi anda mempunyai akses pantas ke skrin Utama

Corak – lukis corak yang mudah dengan jari untuk membuka kunci peranti anda

PIN – masukkan PIN angka sekurang-kurangnya empat digit untuk membuka kunci

peranti anda

Kata laluan – masukkan kata laluan angka-abjad untuk membuka kunci peranti anda

Anda perlu mengingati corak, PIN atau kata laluan buka kunci skrin anda. Jika anda terlupa

maklumat ini, data penting seperti kenalan dan mesej mungkin tidak dapat dipulihkan.

12

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk membuat corak kunci skrin

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin > Corak.

3

Ikut arahan dalam peranti anda.

Jika corak kunci anda ditolak lima kali berturut-turut apabila anda cuba membuka kunci

peranti, anda perlu menunggu 30 saat dan kemudian cuba lagi.

Untuk menukar jenis kunci skrin

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin.

3

Ikut arahan dalam peranti anda dan pilih jenis kunci skrin yang lain.

Untuk menukar corak kunci skrin

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin.

3

Lukis corak buka kunci skrin anda.

4

Ketik

Corak dan ikuti arahan dalam peranti anda,

Untuk mencipta PIN kunci skrin

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin > PIN.

3

Masukkan PIN angka, kemudian ketik

Teruskan.

4

Masukkan semula dan sahkan PIN anda, kemudian ketik

OK.

5

Ikut arahan dalam peranti anda.

Untuk mencipta kata laluan kunci skrin

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin > Kata Lalulan.

3

Masukkan kata laluan, kemudian ketik

Teruskan.

4

Masukkan semula dan sahkan kata laluan anda, kemudian ketik

OK.

5

Ikut arahan dalam peranti anda.

Untuk mengaktifkan fungsi buka kunci Leret

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin.

3

Lukiskan corak buka kunci skrin anda, atau masukkan PIN atau kata laluan anda

jika salah satu jenis kunci skrin ini didayakan.

4

Ketik

Leretkan, kemudian ketik Ya, alih keluar jika diminta.

Menetapkan semula kunci skrin yang tidak diingati

Jika anda telah terlupa PIN kunci skrin, kata laluan atau corak anda, anda mungkin dapat

menetapkannya semula menggunakan perkhidmatan Protection by my Xperia. Tiada

kandungan pada peranti anda yang hilang selepas anda telah melakukan penetapan

semula kunci skrin menggunakan perkhidmatan Protection by my Xperia.
Untuk mengaktifkan perkhidmatan Protection by my Xperia, lihat

Mencari peranti yang

hilang

pada halaman 19.

13

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menetapkan semula kunci skrin menggunakan Protection by my Xperia

1

Pastikan anda mengetahui nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda

dan anda telah mendayakan perkhidmatan Protection by my Xperia pada peranti

anda.

2

Pergi ke

myxperia.sonymobile.com

menggunakan mana-mana peranti yang

bersambung dengan Internet.

3

Daftar masuk menggunakan akaun Google™ sama yang anda telah sediakan

pada peranti anda.

4

Klik gambar peranti anda di bawah

Peranti anda.

5

Pilih

Kunci atau Tukar PIN2 untuk menggantikan skrin kunci semasa dengan kod

PIN yang baharu.

6

Ikut arahan pada skrin yang disediakan oleh Protection by my Xperia.

Bergantung pada tetapan keselamatan anda, peranti anda mungkin terkunci selepas

penetapan semula kunci skrin. Kemudian, anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata

laluan akaun Google™ untuk menggunakan peranti.