Berkongsi kandungan dengan peranti DLNA Certified™
Anda boleh melihat atau memainkan kandungan media yang disimpan ke peranti anda
pada peranti lain seperti TV atau komputer. Peranti ini mestilah menyertai rangkaian
wayarles yang sama dan boleh jadi TV atau pembesar suara Sony mahupun produk
yang mendapat DLNA Certified™ oleh Digital Living Network Alliance. Anda boleh juga
melihat atau memainkan kandungan dari peranti DLNA Certified™ yang lain pada peranti
anda.
Selepas anda menyediakan perkongsian media antara peranti, anda boleh, sebagai
contoh, mendengarkan fail muzik yang disimpan pada komputer rumah anda daripada
peranti anda, atau melihat foto yang diambil dengan kamera peranti anda pada skrin TV
yang besar.
Mainkan fail daripada peranti DLNA Certified™ pada peranti anda
Apabila anda memainkan fail dari peranti DLNA Certified™ pada peranti anda, peranti
lain ini bertindak sebagai pelayan. Dalam kata lain, ia berkongsi kandungan melalui
rangkaian. Peranti pelayan mesti menjadikan fungsi perkongsiannya didayakan dan
memberi kebenaran akses ke peranti anda. Ia juga mesti disambungkan ke rangkaian
Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.
Untuk memainkan trek muzik yang dikongsi pada peranti anda
1
Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada rangkaian
Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.
2
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
3
Seret sisi kiri skrin utama Muzik ke sebelah kanan, kemudian ketik
Rangkaian
rumah.
4
Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.
5
Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih trek yang anda
mahu mainkan. Setelah dipilih, trek mula dimainkan secara automatik.
Untuk memainkan video yang dikongsi pada peranti anda
1
Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada rangkaian
Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.
2
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
Video.
3
Seret sisi kiri skrin utama Video ke sebelah kanan, kemudian ketik
Rangkaian
rumah.
4
Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.
5
Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih video yang anda
mahu mainkan.
123
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk melihat foto yang dikongsi pada peranti anda
1
Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada rangkaian
Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.
2
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
Album .
3
Seret hujung kiri skrin utama Album ke kanan, dan ketik
Rangkaian rumah.
4
Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.
5
Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih foto untuk
melihatnya.
Memainkan fail daripada peranti anda pada peranti DLNA Certified™
Sebelum anda boleh melihat atau memainkan fail media dari peranti anda pada peranti
DLNA Certified™ lain, anda mesti menyediakan perkongsian fail pada peranti anda.
Peranti yang anda kongsikan kandungan dipanggil peranti klien. Sebagai contoh, TV,
komputer atau tablet boleh bertindak sebagai peranti klien. Peranti anda berfungsi
sebagai pelayan media apabila ia menyediakan kandungan kepada peranti klien. Apabila
anda menyediakan perkongsian fail pada peranti anda, anda mesti juga memberikan
kebenaran akses kepada peranti klien. Selepas anda melakukannya, peranti tersebut
dipaparkan sebagai peranti yang didaftarkan. Peranti yang menunggu untuk
mendapatkan kebenaran akses disenaraikan sebagai peranti yang menunggu
kebenaran.
Untuk menyediakan perkongsian fail dengan peranti DLNA Certified™ lain
1
Sambungkan peranti anda ke rangkaian Wi-Fi.
2
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
Tetapan > Sambungan
peranti > Pelayan media.
3
Untuk menghidupkan fungsi
Kongsi media, seret penggelongsor. kelihatan
dalam bar status. Kini peranti anda boleh berfungsi sebagai pelayan media.
4
Sambungkan komputer anda atau peranti lain ke rangkaian Wi-Fi yang sama
seperti peranti anda.
5
Pemberitahuan muncul dalam bar status peranti anda. Buka pemberitahuan dan
tetapkan kebenaran akses untuk setiap peranti.
Arahan untuk menyediakan perkongsian fail menggunakan DLNA™ berbeza bergantung pada
peranti klien. Rujuk Panduan pengguna peranti klien anda untuk mendapatkan maklumat
lanjut. Jika peranti tidak dapat menyambung ke rangkaian klien, semak untuk memastikan
rangkaian Wi-Fi anda berfungsi.
Anda juga boleh mengakses menu
Pelayan media daripada aplikasi tertentu seperti Muzik,
Album atau Video dengan menyeret sudut kiri skrin laman utama aplikasi ke arah kanan dan
kemudian mengetik
Tetapan > Pelayan media.
Berhenti berkongsi fail dengan peranti DLNA Certified™ yang lain
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Sambungan peranti > Pelayan media.
3
Seret gelangsar di sebelah
Kongsi media ke arah kiri.
Untuk menetapkan kebenaran akses bagi peranti menunggu
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Sambungan peranti > Pelayan media.
3
Pilih peranti daripada senarai
Peranti menunggu.
4
Pilih tahap kebenaran akses.
Untuk menukar nama peranti yang didaftarkan
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Sambungan peranti > Pelayan media.
3
Pilih peranti daripada senarai
Peranti berdaftar, kemudian pilih Tukar nama.
4
Masukkan nama baru untuk peranti, kemudian ketik
OK.
124
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menukar tahap akses bagi peranti berdaftar
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Sambungan peranti > Pelayan media.
3
Pilih peranti daripada senarai
Peranti berdaftar.
4
Ketik
Tukar tahap akses dan pilih satu opsyen.
Untuk mendapatkan bantuan mengenai berkongsi kandungan dengan peranti DLNA
Certified™ yang lain
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan >Sambungan peranti > Pelayan media.
3
Ketik dan kemudian ketik
Bantuan.
Memaparkan fail pada peranti lain menggunakan Throw
Menggunakan teknologi DLNA™ anda boleh menolak atau “Throw” kandungan media
dari peranti anda ke peranti lain yang bersambung ke rangkaian Wi-Fi yang sama.
Peranti yang menerima mesti mampu berfungsi sebagai peranti Pemapar Media Digital
(DMR) dan memainkan kandungan yang diterima dari peranti anda. TV yang menyokong
DLNA™ atau PC yang menjalankan Windows® 7 atau kemudian adalah contoh peranti
DMR.
Langkah-langkah untuk memainkan media yang dikongsi mungkin berbeza pada peranti klien.
Rujuk panduan pengguna bagi peranti DMR untuk maklumat lanjut.
Kandungan yang dilindungi dengan Pengurusan Hak Digital (DRM) tidak boleh dimainkan pada
peranti Pemapar Media Digital menggunakan teknologi DLNA™.
Untuk melihat foto atau video dari peranti anda pada peranti DMR
1
Pastikan anda sudah menyediakan peranti DMR dengan betul dan ia
disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.
2
Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Album .
4
Semak imbas dan buka foto atau video yang anda mahu lihat.
5
Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik , kemudian ketik
Throw
dan pilih peranti DMR untuk berkongsi kandungan anda. Kandungan yang dipilih
mula dimainkan dalam turutan kronologi pada peranti yang anda pilih.
6
Untuk memutuskan sambungan dari peranti DMR, ketik dan pilih
Putuskan
smbgn. Fail berhenti dimainkan pada peranti DMR tetapi terus bermain pada
peranti anda.
Anda juga boleh berkongsi video daripada aplikasi Video pada peranti anda dengan mengetik
video, kemudian mengetik , kemudian ketik
Throw.
Untuk memainkan trek muzik pada peranti klien menggunakan Throw
1
Pastikan bahawa anda telah menyediakan peranti klien DMR atau DLNA™
dengan betul dan ia telah disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang sama
seperti peranti anda.
2
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
3
Pilih kategori muzik dan semak imbas ke trek yang anda mahu kongsi, kemudian
ketik trek itu.
4
Ketik dan pilih peranti klien untuk berkongsi kandungan anda. Trek mula
dimainkan pada peranti yang anda pilih.
5
Untuk memutuskan sambungan daripada peranti klien, ketik .