Sony Xperia Z3 Compact - Tetapan Internet dan MMS

background image

Tetapan Internet dan MMS

Untuk menghantar mesej multimedia atau mengakses Internet semasa tiada rangkaian

Wi-Fi yang tersedia, anda mesti mempunyai sambungan data mudah alih yang berfungsi

dengan tetapan Internet dan MMS (Perkhidmatan Pemesejan Multimedia) yang betul.

Berikut ialah beberapa petua:

Bagi kebanyakan rangkaian dan pengendali mudah alih, tetapan Internet dan MMS

diprapasang pada peranti anda. Anda boleh mula menggunakan Internet dan

menghantar mesej multimedia dengan serta-merta.

Tetapan ini boleh dimuat turun menerusi Wi-Fi.

Anda boleh menambah, menukar atau memadam tetapan Internet dan MMS secara

manual pada peranti anda pada bila-bila masa. Jika anda menukar atau memadam

tetapan Internet atau MMS secara tidak sengaja, muat turun tetapan Internet dan MMS

sekali lagi.

Jika anda tidak boleh mengakses Internet melalui rangkaian mudah alih atau jika

pemesejan multimedia tidak berfungsi, walaupun tetapan Internet dan MMS telah berjaya

dimuat turun ke peranti anda, rujuk petua menyelesaikan masalah untuk peranti anda di

www.sonymobile.com/support/

bagi masalah liputan rangkaian, data mudah alih dan

MMS.

Jika mod Penjimat bateri diaktifkan untuk menjimatkan kuasa, semua trafik data mudah

alih dihentikan seketika semasa skrin dimatikan. Jika hal ini menyebabkan masalah

sambungan, cuba keluarkan beberapa aplikasi dan perkhidmatan daripada dihentikan

seketika atau nyahaktifkan mod Penjimat bateri buat sementara waktu.

Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, hanya pemilik, iaitu

pengguna utama, boleh memuat turun tetapan Internet dan pemesejan daripada menu

Tetapan, tetapi tetapan yang dimuat turun boleh digunakan oleh semua pengguna.

Untuk memuat turun tetapan Internet dan MMS

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik

Tetapan > Lagi > Tetapan internet.

3

Ketik

Terima. Setelah tetapan berjaya dimuat turun, muncul dalam bar status

dan data mudah alih dihidupkan secara automatik.

Jika tetapan tidak boleh dimuat turun ke peranti anda, periksa kekuatan isyarat rangkaian

mudah alih anda. Pergi ke lokasi terbuka yang tiada halangan atau berhampiran dengan

tingkap dan cuba lagi.

45

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menambahkan tetapan Internet dan MMS secara manual

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik

Tetapan > Lagi > Rangkaian mudah alih.

3

Ketik

Nama Titik Capaian > .

4

Ketik

Nama dan masukkan nama yang diinginkan.

5

Ketik

APN dan masukkan nama pusat akses.

6

Masukkan semua maklumat lain yang diperlukan. Jika anda tidak tahu maklumat

yang diperlukan, hubungi pengendali rangkaian anda untuk mendapatkan butiran

lanjut.

7

Setelah anda selesai, ketik , kemudian ketik

SIMPAN.

Untuk melihat tetapan Internet dan MMS yang dimuat turun

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Lagi > Rangkaian mudah alih.

3

Ketik

Nama Titik Capaian.

4

Untuk melihat butiran lanjut, ketik mana-mana item yang tersedia.