Menyunting video dengan aplikasi Penyunting video
Anda boleh menyunting video yang telah anda rakam dengan kamera anda. Sebagai
contoh, anda boleh memangkas video mengikut panjang yang diingini atau melaras
kelajuan video. Selepas anda menyimpan video yang disunting, versi asal video yang
tidak ditukar kekal pada peranti anda.
Untuk memangkas video
1
Dalam Album, cari dan ketik video yang ingin anda sunting.
2
Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik >
Potong.
3
Untuk mengalihkan bingkai pangkas ke bahagian lain garis masa, sentuh terus sisi
bingkai pangkas dan seretnya ke kedudukan yang dikehendaki, kemudian ketik
Guna.
4
Untuk menyimpan salinan video yang dipangkas, ketik
Simpan.
Untuk melaraskan kelajuan video
1
Dalam Album, cari dan ketik video yang ingin anda mainkan.
2
Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik >
Kelajuan.
3
Buat pilihan, kemudian sentuh terus sisi garis masa dan seretnya ke kedudukan
yang diingini dan ketik
Guna.
4
Untuk menyimpan salinan video yang disunting, ketik
Simpan.
Untuk menangkap foto daripada video
1
Dalam Album, cari dan ketik video yang ingin anda mainkan.
2
Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik >
Tangkapan Foto.
3
Untuk mengalihkan penanda kedudukan ke bahagian lain garis masa, seret
penanda bar kemajuan ke kedudukan yang dikehendaki, kemudian ketik
Simpan.