Sony Xperia Z3 Compact - Membuat sandaran dan memulihkan kandungan

background image

Membuat sandaran dan memulihkan kandungan

Secara amnya, anda tidak sepatutnya menyimpan foto, video dan kandungan peribadi

lain semata-mata pada memori dalaman peranti anda. Jika peranti anda rosak, hilang

atau dicuri, data yang disimpan pada memori dalamannya mungkin mustahil untuk

dipulihkan. Anda disyorkan untuk menggunakan perisian Xperia™ Companion bagi

membuat sandaran yang akan menyimpan data anda dengan selamat ke peranti luaran.

Kaedah ini amat disyorkan terutamanya jika anda mengemas kini perisian peranti anda

ke versi Android yang terbaru.
Aplikasi Sandaran & pemulihan Xperia™ disyorkan untuk penyandaran data sebelum

anda melakukan tetapan semula data kilang. Dengan aplikasi ini, anda boleh

menyandarkan data ke akaun dalam talian, kad SD atau ke peranti storan USB luaran

yang telah anda sambungkan ke peranti anda menggunakan penyesuai Hos USB:
Dengan aplikasi Sandaran & pemulihan Google, anda boleh menyandarkan data ke

pelayan Google.

Menyandarkan data ke komputer

Gunakan perisian Xperia™ Companion untuk menyandarkan data dari peranti anda ke
PC atau komputer Apple

®

Mac

®

. Anda boleh menyandarkan jenis data berikut:

Kenalan dan log panggilan

Mesej teks

Kalendar

Tetapan dan penanda buku

Fail media seperti muzik dan video

Foto dan imej

41

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menyandarkan data anda menggunakan komputer

1

Buka kunci skrin peranti anda dan sambungkannya ke komputer menggunakan

kabel USB.

2

Buka perisian Xperia™ Companion pada komputer anda jika ia tidak dilancarkan

secara automatik. Selepas beberapa ketika, komputer mengesan peranti anda.

Pastikan anda memilih mod

Pindahkan fail (MTP) pada peranti anda.

3

Klik pada

Sandaran pada skrin utama Xperia™ Companion.

4

Ikut arahan pada skrin untuk membuat sandaran data dari peranti anda.

Jika Xperia™ Companion tidak dipasang, anda diminta untuk memasangnya apabila anda

menyambung peranti anda ke komputer.

Untuk memulihkan data anda menggunakan komputer

1

Buka kunci skrin peranti anda dan sambungkannya ke komputer menggunakan

kabel USB.

2

Buka perisian Xperia™ Companion pada komputer anda jika ia tidak dilancarkan

secara automatik. Selepas beberapa ketika, komputer mengesan peranti anda.

Pastikan anda memilih mod

Pindahkan fail (MTP) pada peranti anda.

3

Klik pada

Pulihkan pada skrin utama Xperia™ Companion.

4

Pilih fail sandaran daripada rekod sandaran, kemudian klik

Seterusnya dan ikut

arahan pada skrin untuk memulihkan data ke peranti anda.

Jika Xperia™ Companion tidak dipasang, anda diminta untuk memasangnya apabila anda

menyambung peranti anda ke komputer.

Menyandarkan data dengan aplikasi Sandaran & pemulihan Xperia™

Menggunakan aplikasi Sandaran & pemulihan Xperia™, anda boleh menyandarkan data

secara dalam talian atau secara setempat. Contohnya, anda boleh menyandarkan data

secara manual atau menghidupkan fungsi penyandaran automatik untuk menyimpan

data secara berkala.
Aplikasi Sandaran & pemulihan Xperia™ disyorkan untuk penyandaran data sebelum

anda melakukan tetapan semula data kilang. Dengan aplikasi ini, anda boleh

menyandarkan data daripada jenis berikut ke akaun dalam talian, kad SD atau ke peranti

storan USB luaran yang telah anda sambungkan ke peranti anda menggunakan

penyesuai Hos USB:

Penanda buku

Kenalan dan log panggilan

Perbualan

Data kalendar

Akaun e-mel

Rangkaian Wi-Fi

Tetapan peranti

Aplikasi

Tataletak Laman Utama Xperia™

Untuk menyediakan fungsi sandaran automatik

1

Jika anda menyandarkan kandungan ke peranti storan USB, pastikan peranti

storan disambungkan pada peranti anda menggunakan penyesuai Hos USB. Jika

anda membuat sandaran ke kad SD, pastikan kad SD dimasukkan dengan betul

ke dalam peranti anda. Jika anda menyandarkan kandungan ke akaun dalam

talian, pastikan anda telah mendaftar masuk ke akaun Google™ anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Sandaran & tetapan semula.

4

Di bawah

Sandaran & pemulihan Xperia™, ketik Sandaran automatik.

5

Untuk mendayakan fungsi sandaran automatik, ketik suis hidup-mati.

6

Pilih frekuensi sandaran, tempat anda mahu fail sandaran disimpan, masa untuk

membuat sandaran dan jenis data untuk disandarkan.

7

Untuk menyimpan tetapan anda, ketik .

42

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menyandarkan kandungan secara manual

1

Jika anda menyandarkan kandungan ke peranti storan USB, pastikan peranti

storan disambungkan pada peranti anda menggunakan penyesuai Hos USB. Jika

anda membuat sandaran ke kad SD, pastikan kad SD dimasukkan dengan betul

ke dalam peranti anda. Jika anda menyandarkan kandungan ke akaun dalam

talian, pastikan anda telah mendaftar masuk ke akaun Google™ anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Sandaran & tetapan semula.

4

Di bawah

Sandaran & pemulihan Xperia™, ketik Lagi.

5

Ketik

Sandaran manual, kemudian pilih destinasi sandaran dan jenis data yang

ingin anda sandarkan.

6

Ketik

Sandaran.

7

Setelah data disandarkan, ketik

Selesai.

Untuk memulihkan kandungan yang disandarkan

1

Jika anda memulihkan kandungan daripada peranti storan USB, pastikan peranti

storan disambungkan ke peranti anda menggunakan penyesuai Hos USB. Jika

anda memulihkan kandungan dari kad SD, pastikan kad SD dimasukkan dengan

betul ke dalam peranti anda. Jika anda memulihkan kandungan dari akaun dalam

talian, pastikan anda telah mendaftar masuk ke akaun Google™ anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Sandaran & tetapan semula.

4

Di bawah

Sandaran & pemulihan Xperia™, ketik Pulihkan data, kemudian pilih

sumber pemulihan dan jenis data yang anda ingin pulihkan.

5

Ketik

Pulihkan data.

6

Selepas kandungan dipulihkan, ketik

Selesai.

Jangan lupa bahawa sebarang perubahan yang anda lakukan pada data dan tetapan anda

selepas anda membuat sandaran, termasuk sebarang aplikasi yang anda muat turun, akan

dipadamkan semasa prosedur pemulihan.

43

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.